Rasa Asli, Kualiti Terjamin Sejak Tahun 2000

Dihidangkan oleh pasangan suami isteri di Warong Parit 4, Sg. Burong. Menyediakan pelbagai makanan dan minuman segar serta pilihan makanan sejuk beku untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Tentang Kami

Kami merupakan pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman di Warong Parit 4, Sg. Burong sejak tahun 2000. Bermula dengan hidangan ringkas yang dimasak sendiri, kami berpegang pada prinsip kebersihan, rasa asli, dan layanan mesra kepada setiap pelanggan. Semangat ini menjadi asas kepada kepercayaan pelanggan yang sentiasa menyokong kami selama lebih dua dekad.

Kini, kami turut memperluaskan perkhidmatan dengan memperkenalkan produk makanan sejuk beku bagi memenuhi keperluan pelanggan yang ingin menikmati cita rasa kami dengan lebih mudah dan cepat. Setiap produk dihasilkan dengan kawalan kualiti yang ketat serta dijamin Halal Toyyibban, seiring dengan misi kami untuk menyediakan makanan yang bersih, berkualiti dan menepati citarasa pelbagai kaum.

Produk Kami

Nasi Lemak

Karipap Frozen

Teh O Ais

Misi Kami

Beriltizam menjadi antara pengeluar dan pemasar produk makanan yang dijamin Halal Toyyibban.

Visi Kami

Mengeluarkan dan membekal produk makanan halal yang menepati citarasa pelbagai kaum.

Suasana & Produk Kami

Ingin Menikmati Rasa Kami di Rumah?

Tempah makanan sejuk beku atau kunjungi warong kami untuk hidangan segar setiap hari.

Scroll to Top